Monday 15 April 2013

TUAN GURU PRESIDEN PAS DI PAROI


15 APRIL PAROI. Penduduk Paroi malam tadi berkesempatan mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Dataran Tok Dagang. Tuan Guru menekankan mengenai sistem pilihanraya dalam Islam dan sejarah perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau juga memberitahu lebih sebahagian sahabat nabi terpaksa tidak terlibat dalam pengurusan kewafatan nabi kerana berkumpul dalam membincangkan perkara politik mencari ketua kerajaan menggantikan nabi s.a.w.

Tuan Guru menyampaikan kuliah maghrib hanya sekitar 35 minit sahaja dan terpaksa bergegas untuk bertolak ke kuala klawang untuk ceramah umum.


0 comments:

Post a Comment