Thursday 28 February 2013

ISMA: KUASA POLITIK MELAYU TIDAK LUPUS JIKA PR MENANG PRU-13



Perang saraf yang dimainkan oleh Umno-BN kebelakangan ini lebih radikal dan boleh dianggap melampau kerana ia menyentuh isu-isu agama Islam dan hal-hal perkauman. Ini bukan suatu kejutan kerana kaedah sebegini telah lama digunakan oleh jentera Umno-BN sejak era 1960an lagi. Akan tetapi ketaksuban gerak kerja kaedah tersebut begitu kental membara menjelang PRU-13 yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat.

Wednesday 27 February 2013

KEBANGKITAN MAHASISWI: TOLAK ROSMAH



BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Tuesday 26 February 2013

7 AGENDA ANAK MUDA BERKEBAJIKAN


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan yang telah diadakan pada hari Ahad, 17 Februari 2013 jam 3.00 petang bertempat di depan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ia akan disempurnakan oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Exco DPPM yang lain. Pelancaran ini amat siginifikan ketika negara akan berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13.

LAWATAN TPM: RAKYAT N9 HARUS BERANI LAKUKAN PERUBAHAN SEPERTI RAKYAT SABAH


BERITA YANG DISOROKKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA!!!!... KUNJUNGAN MUHYIDDIN YASSIN KE SABAH PADA 23HB FEBRUARI 2013 YANG LALU, DIMALUKAN OLEH PENDUDUK PENSIANGAN, SABAH . Kunjugan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu telah mendapat kejutan maut sambil dimalukan oleh penduduk DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah apabila beberapa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi. Keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk Sabah secara terbuka, tegas dan berani ini amat mengejutkan sekali.