Tuesday 23 April 2013

CALON PR USTAZ KHAIRIL ANUAR GEMPUR KUBU KUAT UMNO LABU


LABU 23 APRIL - Hari ini masuk hari yang keempat berkempen selepas penamaan calon sabtu lepas. Calon Pakatan Rakyat (PAS) telah mengambil kesempatan untuk menggempur kubu kuat BN di LBJ.

LBJ suatu hari dahulu adalah merupakan kubu kuat UMNO yang sukar ditembusi oleh jentera dan petugas PAS, tetapi hari ini penduduk LBJ bukan sahaja terbuka menerima kemasukan petugas PAS bahkan ada diantara mereka yang berani menaikkan bendera PAS di rumah-rumah mereka masing-masing.

Ustaz Khairil mengambil kesempatan bertemu muka dengan penduduk LBJ hari ini.










Saturday 20 April 2013

PENAMAAN CALON : TAHNIAH DAN TERIMA KASIH




Wednesday 17 April 2013

CALON BN DARI LANGIT :8 PDM JOHOL TUTUP OPERASI


JOHOL – Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun Johol, Mohd Fadzil Abu Kassim, 48, kelmarin mendapat bantahan hampir keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Johol.
Sinar Harian difahamkan, lapan PDM tutup operasi, manakala dua PDM iaitu Dangi dan Inas beroperasi seperti biasa. Lapan PDM itu ialah, Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis.

Lebih merumitkan keadaan, bilik gerakan kecil PDM Kepis bertempat di Kampung Sri Kepis ditutup dan bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut.

KALI KE-7 SABOTAJ BENDERA PAS : BUKTI UMNO BN MAKIN TERDESAK

LABU 18 APRIL- Bendera PAS di bulatan Kota Seriemas Labu telah dirosakkan, menurut penyelaras MTD Labu, sabotaj ini adalah kali yang ketujuh yang dilakukan musuh politik PAS di Labu.

Kejadian dipercayai dilakukan tengah malam tadi. Petugas Pakatan Rakyat perkara sebegini sebenarnya menambahkan lagi kebencian rakyat kepada UMNO dan BN. Biar rakyat menilai siapa yang baik dan siapa yang buruk.


Beliau juga mengingatkan pada orang yang bertanggungjawab melakukan sabotaj ini, petugas PAS tidak sesekali berasa kecewa dan putus asa di atas kejadia ini, malah kami semua semakin bersemangat untuk menumbang kan UMNO dan BN di Labu ini.



Tuesday 16 April 2013

CALON PAS DAN BN NEGERI SEMBILAN


Pada 10 April lepas Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan telah mendahului dalam pengumuman calon dalam PRU13 peringkat parlimen dan DUN Negeri Sembilan.

Hari ini BN Negeri Sembilan pula mengumumkan calon-calon mereka.

Malam ini Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan mengisytiharkan calon-calon mereka di City Kingdom Hotel Seremban.

Berikut pertembungan antara PR dan BN setakat hari ini.



PARLIMEN TAMPIN
PAS : Ustaz Zakaria Khalim
BN   : Dato' Seri Shaziman Mansor

PARLIMEN JELEBU
PAS : Aiman Athirah Al-Jundi
BN   : Zainudin Ismail

PARLIMEN JEMPOL
PAS : Wan Aisyah Wan Ariffin
BN   : Tan Sri Isa Samad


DUN PAROI
PAS : Hj Mohd Taufek Abdul Ghani
BN  : Ghazali Wahid

DUN CHEMBONG
PAS : Hj Kamarol Ridzuan
BN   : Saiful Bahari

DUN KOTA
PAS : Ghazali Mat Som
BN   : Awaludin Said

DUN LENGGENG
PAS : Zulkefly Mohamad Omar
BN   : Ishak Ismail

DUN LABU
PAS : Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa
BN   : Hashim Rusdi

DUN KLAWANG
PAS : Dr Rosli Yaakob
BN   : Yunus Rahmat

DUN SG LUI
PAS : Nor Anif Selamat
BN   : Razi Ali

DUN JOHOL
PAS : Ustaz Nor Azaman Mohamad
BN   : Ustaz Padil

DUN SENALING
PAS : Zaharudin Othman
BN   : Ismail Lasim

DUN SERTNG
PAS : Abd Rahman Ramli
BN   : Shamsul Kahar

DUN BAGAN PINANG
PAS : Ramli Ismail
BN   : Tun Hairudin

Monday 15 April 2013

TUAN GURU PRESIDEN PAS DI LABU


16 APRIL, LABU. Tuan Guru Presiden Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengambil kesempatan untuk bersarapan bersama rakyat di sebuah restoran di LBJ Labu. Kesempatan ini di ambil sempena lawatan kerja 2 hari Tuan Guru Presiden ke Negeri Sembilan yang bermula semalam (15 april).

Tuan Guru Presiden juga sempat bermesra dengan bakal calon PAS di Labu iaitu Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa mengenai persiapan jentera PAS di DUN Labu.


TUAN GURU PRESIDEN PAS DI PAROI


15 APRIL PAROI. Penduduk Paroi malam tadi berkesempatan mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Dataran Tok Dagang. Tuan Guru menekankan mengenai sistem pilihanraya dalam Islam dan sejarah perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau juga memberitahu lebih sebahagian sahabat nabi terpaksa tidak terlibat dalam pengurusan kewafatan nabi kerana berkumpul dalam membincangkan perkara politik mencari ketua kerajaan menggantikan nabi s.a.w.

Sunday 14 April 2013

AKTIVITI 13 APRIL: USTAZ KHAIRIL SANTUNI PENGUNDI INDIA


13 APRIL.SABTU.DUN LABU : Ustaz Mohd Khairil Anuar yang baru diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat untuk N20 dun Labu terus pro-aktif menyantuni pengundi di Labu. "Program Turun Padang" yang diatur oleh DHPP Desa Cempaka dengan kerjasama DAP Rasah mendapat sambutan positif.

Kebanyakan pengundi yang ditemui rata-rata menunjukkan sokongan dan memberi jaminan akan mengudi calon Pakatan Rakyat di DUN Labu dan Parlimen Rasah.

Ada juga antara mereka yang benar-benar mengharapkan kemenangan calon Pakatan Rakyat dan sedia membantu jentera.



N20 Dun Lanu merupakan satu-satunya DUN yang hanya di menangi oleh BN dalam Parlimen Rasah pada PRU12 yang lepas.



Harapan penduduk Labu agar PR mampu menawan Labu dan menjadikan semua kerusi dewan undangan negeri dalam Parlimen Rasah dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.


PELUANG CERAH PR TAWAN DUN LABU: TINGKATKAN USAHA

Pakatan Rakyat berpeluang menambah kerusi dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan dalam PRU13 nanti menerusi N20 LABU. Dalam PRU12 yang lepas PR hanya tewas dengan majiriti 1,405 undian sahaja. Pada PRU12 dalam gelombang perubahan yang tidak menentu.

Pada PRU13 ini dengan gelombang perubahan rakyat yang kuat, peningkatan sokongan kaum Tiong Hua dan pengundi melayu pinggir bandar yang terdedah dengan pelbagai maklumat altenatif menjadikan DUN LABU berpotensi ditawan Pakatan Rakyat.

Saturday 13 April 2013

LAGI PETANDA BN AKAN TUMBANG DI NS


Negeri Sembilan dahulunya dikatakan antara kubu kuat BN, dan antara negeri yang paling sukar ditembusi parti pempangkang, namun pasca PRU12 2008 dilihat kubu kuat BN seluruh Malaysia serta Sabah Sarawak hari ini adalah merupakan negeri yang paling berpeluang ditawan Pakatan Rakyat termasuklah negeri adat pepatih ini.

Lautan manusia membanjiri ceramah Pakatan Rakyat di Kuala Pilah membuktikan negeri itu buka lagi kerusi percuma BN dalam pilihanraya

Gelombang ini perlu disemarakkan lagi menjelang 5 mei hari mengundi nanti..


Walau bagaimana pun gambar suasana ceramah Anwar di Kuala Pilah menggambarkan secara jelas apa yang berlaku di N9 sekarang. Ini kalilah....

GELOMBANG PERUBAHAN: BANCIAN SINAR HARIAN ONLINE MENUNJUKKAN MANIFESTO BN DITOLAK


Menurut seorang sahabat yang berada dalam barisan pengurusan penerbitan akhbar Sinar Harian, matlamat penerbitan ini ialah untuk menyiarkan laporan secara adil buat Kerajaan dan juga Pembangkang.
Oleh itu boleh dikatakan hingga ke saat ini Sinar Harian boleh dikatakan memberikan laporan yang telus buat kedua-dua belah pihak, biarpun ada kalanya laporannya kelihatan memihak kepada Kerajaan.

Jika dulu dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian On-Line hasilnya telah memeningkan kepala Najib apabila hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar langsung tidak memihak kepada Najib dan UMNO.

SEMARAK GELOMBANG HIJAU TAWAN NS: TUAN GURU DATO' SERI PRESIDEN AKAN BERADA DI PAROI 15 APRIL INI

Bagi menyemarakkan lagi gelombang hijau perubahan peringkat Negeri Sembilan MTD Paroi menganjurkan kuliah maghrib bersama Tuan Guru Dato' Seri Presiden Abdul Hadi Awang di dataran Tok Dagang pada 14 april ini. Semua lapisan masyarakat DUN LABU di jemput hadir

CALON N20 LABU: USTAZ MOHD KHAIRIL ANUAR MOHD WAFA


JEMPOL: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani telah membuat pengimuman bakal calon PAS Negeri Sembilan dalam PRU13 ini.

Beliau yang akan mempertahankan kerusinya di DUN Paroi telah mengisytiharkan Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa sebagai calon PAS di DUN Labu dalam PRI13 ini manakala AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar di DUN Lenggeng.

Turut bertanding peringkat negeri adalah pakar ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop di DUN Klawang.