Sunday 14 April 2013

AKTIVITI 13 APRIL: USTAZ KHAIRIL SANTUNI PENGUNDI INDIA


13 APRIL.SABTU.DUN LABU : Ustaz Mohd Khairil Anuar yang baru diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat untuk N20 dun Labu terus pro-aktif menyantuni pengundi di Labu. "Program Turun Padang" yang diatur oleh DHPP Desa Cempaka dengan kerjasama DAP Rasah mendapat sambutan positif.

Kebanyakan pengundi yang ditemui rata-rata menunjukkan sokongan dan memberi jaminan akan mengudi calon Pakatan Rakyat di DUN Labu dan Parlimen Rasah.

Ada juga antara mereka yang benar-benar mengharapkan kemenangan calon Pakatan Rakyat dan sedia membantu jentera.



N20 Dun Lanu merupakan satu-satunya DUN yang hanya di menangi oleh BN dalam Parlimen Rasah pada PRU12 yang lepas.



Harapan penduduk Labu agar PR mampu menawan Labu dan menjadikan semua kerusi dewan undangan negeri dalam Parlimen Rasah dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.


0 comments:

Post a Comment