Sunday 14 April 2013

PELUANG CERAH PR TAWAN DUN LABU: TINGKATKAN USAHA

Pakatan Rakyat berpeluang menambah kerusi dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan dalam PRU13 nanti menerusi N20 LABU. Dalam PRU12 yang lepas PR hanya tewas dengan majiriti 1,405 undian sahaja. Pada PRU12 dalam gelombang perubahan yang tidak menentu.

Pada PRU13 ini dengan gelombang perubahan rakyat yang kuat, peningkatan sokongan kaum Tiong Hua dan pengundi melayu pinggir bandar yang terdedah dengan pelbagai maklumat altenatif menjadikan DUN LABU berpotensi ditawan Pakatan Rakyat.



N20 LABU
Jumlah Pengundi: 12,477
Peratusan Kaum: M: 67.8% C: 13.9% I: 18.2% L: 0.2% 
1. Datuk Hasim Rusdi (BN) (5,451) 
2. Mokhtar Ahmad (PKR) (4,046) 
Majoriti: 1,405
Jumlah undi: 9,701
Peratus mengundi: 77.75%
Undi rosak: 204
Penyandang: Datuk Muhammad Shahlan Shaid (BN)
(Majoriti: 2,673 undi) 


Oleh kerana itu jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan kerja bagi menawan hati pengundi labu bersama pakatan rakyat dalam PRU13 ini. Perkukuhkan ukhuwah tingkatkan persefahaman, tumpukan agenda untuk menumbangkan UMNO BN dalam PRU13 ini.


0 comments:

Post a Comment