Tuesday, 23 April 2013

CALON PR USTAZ KHAIRIL ANUAR GEMPUR KUBU KUAT UMNO LABU


LABU 23 APRIL - Hari ini masuk hari yang keempat berkempen selepas penamaan calon sabtu lepas. Calon Pakatan Rakyat (PAS) telah mengambil kesempatan untuk menggempur kubu kuat BN di LBJ.

LBJ suatu hari dahulu adalah merupakan kubu kuat UMNO yang sukar ditembusi oleh jentera dan petugas PAS, tetapi hari ini penduduk LBJ bukan sahaja terbuka menerima kemasukan petugas PAS bahkan ada diantara mereka yang berani menaikkan bendera PAS di rumah-rumah mereka masing-masing.

Ustaz Khairil mengambil kesempatan bertemu muka dengan penduduk LBJ hari ini.










Saturday, 20 April 2013

PENAMAAN CALON : TAHNIAH DAN TERIMA KASIH




Wednesday, 17 April 2013

CALON BN DARI LANGIT :8 PDM JOHOL TUTUP OPERASI


JOHOL – Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun Johol, Mohd Fadzil Abu Kassim, 48, kelmarin mendapat bantahan hampir keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Johol.
Sinar Harian difahamkan, lapan PDM tutup operasi, manakala dua PDM iaitu Dangi dan Inas beroperasi seperti biasa. Lapan PDM itu ialah, Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis.

Lebih merumitkan keadaan, bilik gerakan kecil PDM Kepis bertempat di Kampung Sri Kepis ditutup dan bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut.

KALI KE-7 SABOTAJ BENDERA PAS : BUKTI UMNO BN MAKIN TERDESAK

LABU 18 APRIL- Bendera PAS di bulatan Kota Seriemas Labu telah dirosakkan, menurut penyelaras MTD Labu, sabotaj ini adalah kali yang ketujuh yang dilakukan musuh politik PAS di Labu.

Kejadian dipercayai dilakukan tengah malam tadi. Petugas Pakatan Rakyat perkara sebegini sebenarnya menambahkan lagi kebencian rakyat kepada UMNO dan BN. Biar rakyat menilai siapa yang baik dan siapa yang buruk.


Beliau juga mengingatkan pada orang yang bertanggungjawab melakukan sabotaj ini, petugas PAS tidak sesekali berasa kecewa dan putus asa di atas kejadia ini, malah kami semua semakin bersemangat untuk menumbang kan UMNO dan BN di Labu ini.